Isnin, 9 April 2012

Memang bukan mudah menjadi penulis...

Betul. Memang bukan mudah untuk menjadi seorang penulis blog. Sebab itu saya kagum dengan penulis-penulis blog yang mampu 'update' tulisan mereka dengan begitu kerap. Saya walaupun hanya 'menulis untuk diri sendiri' pun sudah berbulan-bulan tidak berkesempatan untuk menulis di sini.

Sebenarnya banyak yang hendak saya catat. Setiap hari mesti ada sesuatu yang boleh di tulis tetapi nak memindahkan bahan-bahan tersebut ke blog untuk bacaan dan rekod sendiri pun malas. Buka notebook biasanya nak tengok perkembangan semasa lepas tu rasa nak ulas dalam blog sendiri, malas.

Kalau penyakit malas ni memang susah lah. Macam mana kalau saya mula servey IPAD. Mungkin ini sesuatu yang menarik dan boleh update blog dengan lebih efektif...hek...hek...Berapa harganya tu aaaa...